LA..LA....laa.. happy together 4'EVER!!!

Daisypath Anniversary tickers

Selamat Datang ^_^

Ini adalah personal BLOG ibu ANNUR!

kawan-kawan juga dijemput untuk singgah ke

BLOGSHOP GOBOK ANNUR

GOBOK_ANNUR ~ Your Quality.Affordable.Muslimah.Apparel Wardrobe

Wednesday, June 8, 2011

2tahun Sudah ^_^

Salam.

Alhamdulillah~ Isnin baru lepas ni genaplah 2 tahun usia perkahwinan ku...
Dan sejak itu jugak aku telah berkecimpung dgn dunia Small Office Home Office a.k.a SOHO 
Agak sibuk kebelakang ini...untuk makluman skop kerja SOHO aku sudah bertambah baru ini...alhamdulillah.Buat lah apa yang mampu di buat, asal Annur ku tak terabai... rumah terurus dan yang penting hubby redha.

Kerja SOHO saya :
1) Dulu-kini-dan insyaALLAH selamanya =FREELANCE 3D MAKER... :)
2) Agen dropshipping= masih baru dan antara usaha awal utk berbisness
3) Peniaga Pakaian Muslimah Online= masih mencari tapak ^_^
4) Editor tak bertauliah dengan experience 3 bulan menjadi guru Bahasa Malaysia... huhu tq tu my cousin, Alia sbb memberi peluang ini...[harap kita dpt membantu awak ye]
5)Akan datang= Peniaga tapak bazaar INSYAALLAH [masih sedang memcari kekuatan & keyakinan diri utk handle Annur di luar]

iya ~ aku cuma seorang surirumah FINALLY... it's not a final. Aku juga pengurus rumah tangga ini= masih ada kekekokkan...ada yg masih perlu diperbaiki lagi~ but alwayz try to be a best!

SURIRUMAH GRADUAN PENGURUSAN PEMBINAAN= okeh ape!!! byk implementation di sini.. dlm menguruskan HUMAN RESOUCES, stock harian, kelancaran, bil-bil dan macam-macam.BERGUNA.

Memang aku bercadang untuk bekerja dari rumah sahaja.. jadi Annur ku boleh fully BF, dan kerja-kerja rumah dapat dibuat seperti biasa.

Bukan tak pernah bekerja~ 2 tahun jd designer...3 bulan jd Cikgu Ganti.....6 bulan jd Project Exec...... tapi tu lah. Bekerja diluar perlu komitment dgn pihak lain plak... ada due date and so on.... anak kena dihantar ke pengasuh.. macam-macam la perlu di perhalusi.. Tapi setiap sesuatu ada pro dan cons kan...

Soho ni membuat diriku duk mengadap lappy jer... dan tak berjumpa ramai orang pun...secara face 2 face... semua di alam maya saja.. bercakap pun dlm hati [my Annur blum pandai nak borak2 lg]...

Tapi aku amat bersyukur dengan nikmat ini...[nikmat ni kerja dari umah jeee], dapat pahala jihad seperti yang dilaporkan oleh Anas, Nabi Muhammad pernah bersabda "
"Pahala seorang isteri yang melakukan kerja-kerja di rumah menandingi pahala para pejuang pada jalan Allah" ~ dirujuk dari buku Mendidik Anak Perempuan : Karya Abdul Mun'im Ibrahim

Dan amat bersyukur sangat2 kerana Allah cukupkan keperluan kami~ dan terima kasih tak terhingga kepada Hubby yang memberi sebaik-baik tempat untuk diriku ~ di rumah. Semoga Allah murahkan rezeki kami sekeluarga dan membuka ruang dan peluang untuk kami terus beramal ibadah dengan selesa; AMIN.

1 comment:

  1. semoga anda berjaya..kalau saya dok umah pun saya jadi mcm awak..mcm2 dalam kepala ne nak buat..mula mayb susah tapi lama2 banyak reeki tau..insya allah

    ReplyDelete